Friday, 18 September 2015

| BERITA | TERKINI! Tarikh penyertaan Qurban Kasih Ummah dilanjutkan sehingga hari Isnin, 21 September 2015







TERKINI! Tarikh penyertaan Qurban Kasih Ummah dilanjutkan sehingga hari
Isnin, 21 September 2015

Ayuh kita sama sama bantu jayakan Qurban Kasih Ummah!
_____________________________________

Yang Berbahgia/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Tarikh Tutup Penyertaan Qurban Kasih Ummah Dilanjutkan

Hari-hari musim kebaikan kembali menghampiri kita. Bulan yang penuh berkah dan limpahan kebaikan berisikan kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah antaranya menghidupkan sunnah berkorban, berazam untuk melaksanakannya kerana fadilat dan pahalanya yang besar.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam lebih disukai oleh Allah pada hari korban selain dari mengalirkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya korbannya itu pada hari Kiamat akan datang menyertai bani Adam dengan tanduk-tanduknya, bulunya dan kuku-kukunya. Dan darah korban tersebut akan menitis di suatu tempat (yang diredhai) Allah sebelum menitis ke bumi, maka relakanlah korban itu.”
(HR Tirmidzi)

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan tuntutan sunnat muakad ini iaitu ibadah qurban. Setakat semalam kami telah menerima banyak penyertaan qurban melalui Qurban Kasih Ummah IKRAM. Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia semakin memahami makna ibadah qurban itu sendiri. Sejajar dengan itu, kami berbesar hati memanjangkan lagi tarikh tutup penyertaan Qurban Kasih Ummah ke tarikh 21hb September 2015 (Isnin).

Marilah kita sama-sama merebut peluang melaksanakan ibadah qurban ini.

"Maka berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan" (Al Baqarah:148)

Berqurban bersama Qurban Kasih Ummah juga secara tidak langsung dapat membantu umat Islam di negara yang lebih memerlukan. Pihak Sekretariat Qurban Kasih Ummah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak tuan jika telah menyertai program ini. Teruskan memberi sokongan kepada kami.

Kepada yang berminat menyertai Qurban / Aqiqah:

a) Klik, untuk penyertaan atas talian (online): http://goo.gl/vNg4GT

ATAU

Sertakan bukti pembayaran bersama maklumat:
1. Nama:
2. Alamat:
3. Emel:
4. No telefon bimbit:
5. Penama qurban:
(Whatsapps / Telegram ke 019-227 6760 @ 011-1234 8212)

Hubungi:

a) Telefon pejabat : 03-4101 2080
b) Telefon bimbit : 019-227 6760 atau 011-1234 8212
c) Email : qurban@ramadhan-qurban.org
d) Laman web : www.ramadhan-qurban.org
e) Facebook: QurbanKasihUmmah
f) Faks : 03-4162 2762 atau 03-8941 2034

Maklumat Akaun:

Nama Akaun: Humanitarian Care Malaysia Berhad
No Akaun BIMB: 1209 2010 0349 04
No Akaun Maybank: 5642 5856 0698

Membudayakan ibadah qurban, memperluaskan manfaatnya.

Sekian. Wassalam.
ABDUL HAFIDZ HASHIM
PENGURUS OPERASI QURBAN KASIH UMMAH IKRAM

No comments:

Post a Comment