Ir JAMALUDDIN BIN ABDULLAH
Perutusan Yang DiPertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pulau Pinang
16 Julai 2015Sempena Hari Malaysia 2015 (1436H)
Segala puji-pujian bagi Allah robb sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga dan para sahabat seluruhnya.
Pada hari 16 Sept setiap tahun kita
menyambut ulang tahun kemasukan Sabah dan Sarawak ke bawah Kerajaan Persekutuan
Malaya dan Malaya kemudian ditukar menjadi Malaysia. Dengan ini, Negara
Malaysia dikayakan lagi dengan pelbagai etnik
kaum iaitu Iban, Melanau, Kadazan, Bajau, Bidayuh dan lain-lain.
Kepelbagaian kaum di Negara kita ini merupakan anugerah kepada rakyat Malaysia untuk hidup aman damai dengan ragam budaya dan fahaman agama yang berlainan. Islam menganjurkan kita berkenal-kenalan antara satu sama lain untuk mengukuh hubungan antara kaum, hidup bertoleransi serta hormat menghormati terhadap kepelbagaian ini.
Ayat 13 surah al Hujurat ada menyebut,
Kepelbagaian kaum di Negara kita ini merupakan anugerah kepada rakyat Malaysia untuk hidup aman damai dengan ragam budaya dan fahaman agama yang berlainan. Islam menganjurkan kita berkenal-kenalan antara satu sama lain untuk mengukuh hubungan antara kaum, hidup bertoleransi serta hormat menghormati terhadap kepelbagaian ini.
Ayat 13 surah al Hujurat ada menyebut,
Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
Namun, cabaran utama rakyat berbilang
kaum bukan sekadar menangani perbezaan budaya dan agama, bahkan kelainan
fahaman politik juga turut menjadi penghalang kepada kehidupan yang harmoni. Salah
faham terhadap ajaran Islam dan tiada toleransi kepada kaum dan agama lain akan
menyebabkan perselisihan faham tentang Islam sebagai agama penyayang, damai dan
bebas.
Sebagai sebuah masyarakat berbangsa
Melayu dan beragama Islam, kita harus memahami dan menghormati agama serta
budaya kaum lain. Dialog antara agama dan wacana adalah antara platform untuk memudahkan suatu konsep
inklusif iaitu “kesatuan dalam kepelbagaian”. Melalui pengiktirafan nilai
kemanusiaan sejagat akan membantu melahirkan penyelesaian kepada isu-isu
masyarakat terbabit.
Kita berharap pendekatan inklusif ini
membantu memastikan rakyat Malaysia bukan Islam dan bukan Melayu faham dan
menerima konsep hubungan murni antara insan yang diajarkan dalam Islam. Dalam
masa yang sama, kita anjurkan umat Islam untuk menjalin hubungan dan saling
menghormati rakyat seMalaysia beragama
lain dalam pola pemikiran yang luas dan rabbani berpandukan kepada objektif syariah
merentasi fahaman politik yang berbeza.
Marilah kita sama-sama mengharmonikan
kepelbagaian ini untuk membina “Malaysia yang lebih Baik” berasaskan kepada
nilai-nilai keadilan, kemanfaatan bersama dan persahabatan manusiawi yang
mulia.
Wassalmu’alaikum wbkth.
Ir Jamaluddin Abdullah
Yang DiPertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Pulau Pinang


No comments:
Post a Comment