Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Jun 2015 bersamaan 22 Syaaban 1436H
GEMPA BUMI DI SABAH: IKRAM UCAP TAKZIAH
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
9 Jun 2015 bersamaan 22 Syaaban 1436H
GEMPA BUMI DI SABAH: IKRAM UCAP TAKZIAH
Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan bencana gempa bumi di
Sabah pada 5 Jun 2015 yang hingga kini mengorbankan 18 orang pendaki
Gunung Kinabalu iaitu enam rakyat Malaysia termasuk malim gunung Robbie
Sapinggi, sembilan dari Singapura dan masing-masing seorang dari
Filipina, China dan Jepun.
IKRAM sangat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan rakyat Sabah.
IKRAM
juga mengucapkan syabas dan terima kasih atas tindakan pantas pasukan
sukarelawan yang berusaha menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap
di atas Gunung Kinabalu.
IKRAM akan terus memantau perkembangan semasa bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang akan disampaikan.
IKRAM
melalui institusi khidmat masyarakatnya, i-Bantu dan MyCARE Sabah turut
menghantar pasukan peninjau ke kawasan terlibat bagi menilai bantuan
yang dapat dilakukan.
IKRAM mengharapkan agar semua yang terkesan dan anggota keluarga mereka dapat bersabar dan redha atas kejadian ini.
IKRAM menyeru semua rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kesejahteraan kita bersama.
Profesor Madya Hj Ainullotfi Abdul Latif
Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No comments:
Post a Comment