![]() |
| Persembahan kawad formasi |
25 Jun 2015, Teluk Kumbar - Pusat Pendidikan Al-Itqan telah berjaya menganjurkan Karnival Amal Mahabbah Itqan 2015 bertempat di perkarangan Sekolah Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 12 - 13 Jun 2015 yang lalu.
Majlis bermula dengan pelancaran majlis pelancaran bangunan baru Kompleks Pusat Pendidikan Al-Itqan Pulau Pinang yang dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan kehormat, dan diakhiri dengan simbolik bermulanya kerja-kerja pecah tanah bangunan baru. Hujan lebat yang turun menyebabkan acara simbolik ini dilaksanakan secara ringkas dari bawah khemah tetamu.
![]() |
| Majlis Pelancaran Karnival Amal Mahabah Al-Itqan 2015 |
![]() |
| Ucapan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPAIQ, Prof. Madya Dr Abdul Halim Abdul Aziz |
![]() |
| Penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat, Dato' Haji Sazali bin Hussein, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang |
![]() |
| Acara simbolik pelancaran pembinaan bangunan baru PPAIQ |
Selanjutnya, bermulalah pelbagai program berbentuk pengisian dan hiburan Islam oleh kumpulan nasyid terkemuka tanahair, Raihan, Daie Ammar, Imam Muda Khairul Azhar, Daie Azam Al- Kankari, Ustazah Maznah Daud dan ramai lagi.
![]() |
| Forum Di Ambang Ramadan |
![]() |
| Daie Ammar, PU Azraie' dan Imam Muda Khairul Azhar |
![]() |
| Daie Ammar Ismail sedang menerangkan sepotong hadis 'setiap amal ada kemuncaknya' |
![]() |
| Celoteh Daie Azam Al- Kankari bersama Saudara Mohamad Hafiz Hafifi Hassan, salah seorang ahli parlimen Belia Malaysia |
![]() |
| Persembahan penuh nostalgia oleh kumpulan nasyid terkenal tanahair, Raihan di Malam Amal Mahabbah Al-Itqan 2015 |
![]() |
| Anak-anak bernasyid bersama Raihan |

Di samping gerai-gerai jualan makanan dan pakaian, turut serta dalam pameran di karnival ini adalah pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang mempamerkan sebuah kereta bomba, dan Agensi Dadah Kebangsaan.
Sekalung penghargaan kepada semua hadirin karnival yang memberi sokongan kepada usaha penubuhan sebuah institusi pendidikan berteraskan Islam di bumi Pulau Pinang ini.
![]() |
| Ahli-ahli Lembaga Pengarah PPAIQ yang bersemangat kental! |
Juga, syabas kepada para pendokong karnival yang bertungkus lumus memastikan karnival ini berjaya dilaksanakan.















No comments:
Post a Comment