Thursday, 25 June 2015

| BERITA | Projek pembinaan bangunan baru Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) Pulau Pinang bermula.....


Susulan majlis pelancaran projek pembinaan bangunan baru Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) Pulau Pinang semasa Karnival Mahabbah Amal Itqan 2015 pada 12 Jun 2015 yang lalu, maka bermulalah usaha pembinaan yang telah dirancang.

Projek pembangunan PPAIQ ini memerlukan dana sebanyak lebih kurang RM12 juta secara keseluruhan. Sumbangan masyarakat Islam dan umum setempat amat diharapkan.
Bentuk sumbangan yang boleh diberikan adalah dalam bentuk:
  • Infaq
  • Sedekah
  • Wakaf
  • Zakat pendapatan dan lain-lain
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
  1. Tuan Haji M. Yusoff Omar (Pengarah Eksekutif PPAIQ) 012-5102556
  2. Ustaz Soleh Senafi (Pengetua SMI Al-Itqan) 019-9041525
  3. Tuan Haji Rosli Rashid 013-4804221
atau Pejabat Pengurusan PPAIQ 04-6491158

Sumbangan dan sokongan semua amat dihargai. Terima kasih

No comments:

Post a Comment