31 Mei 2015, SERDANG
- Tabung Kebajikan Guru IKRAM-MUSLEH (TAKIM) telah dilancarkan oleh
Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam Perhimpunan Ahli Teras
(PAT) IKRAM 2015 semalam di UPM, bagi meringankan beban guru serta
kakitangan sekolah rangkaian tersebut.
Pelancaran tesebut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif MUSLEH Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor.
Pelancaran tesebut disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif MUSLEH Berhad, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor.
Selain
meringankan beban, pelancaran tabung ini dapat meningkatkan rasa
kebersamaan semua institusi pendidikan IKRAM-MUSLEH dalam isu kebajikan
dan memberi peluang kepada ibu bapa pelajar dan dermawan untuk menderma.
Dr
Omar turut menyeru untuk menyumbang demi kebajikan guru-guru
IKRAM-MUSLEH yang telah banyak berkorban mendidik dan membina pelajar
menjadi generasi rabbani supaya kualiti khidmat bertambah baik dari masa
ke semasa.
IKRAM-MUSLEH menjalankan usaha-usaha mengarus perdanakan pendidikan Islam melalui pendekatan berkualiti dan global.
![]() |
| Ustaz Megat Mohamed Amin |
Tambah beliau, sebagai badan yang memayungi semua institusi pendidikan IKRAM, adalah sangat wajar untuk IKRAM-MUSLEH melancarkan satu dana khas kebajikan untuk diagihkan kepada para guru dan kakitangan yang memerlukan secara teratur dan konsisten.
Buat masa ini, IKRAM-MUSLEH menganggarkan untuk mengumpul dana kebajikan sebanyak RM250,000 mencakupi takaful, sumbangan kematian, sumbangan sakit kritikal, sumbangan persekolahan anak, dermasiswa, sumbangan bencana alam dan lain-lain.
Mereka yang berminat untuk menyumbang, boleh memasukkan sumbangan melalui akaun Bank Muamalat 1403 0002 5407 12 atas nama MUSLEH BERHAD dan e-mel salinan slip sumbangan ke ikramusleh2014@gmail.com atau WhatsApp kepada Usamah (017-670 3832). Maklumat lanjut, sila hubungi ibu pejabat IKRAM-MUSLEH di talian 03-8944 2448.
Sempena Ramadan, untuk sumbangan RM50, dermawan akan menerima cenderahati surah-surah pendek sementara sumbangan RM100, dermawan akan menerima kurma Medjoul Palestin dan poster surah-surah pendek.
Borang online sumbangan Infaq Ramadan TAKIM: http://bit.ly/1Fms42R




No comments:
Post a Comment