11 Jun 2015, KUALA
LUMPUR - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menyertai satu himpunan aman
#HentikanRogol atau “Stop Raping Our Children” yang berlangsung di ibu
negara pada Ahad lalu bagi memprotes jenayah seksual.
Perhimpunan
itu juga diadakan ekoran pembebasan seorang lelaki berusia 60 tahun di
Sarawak yang terlepas dari tuduhan hukuman merogol remaja perempuan
berusia 15 tahun pada 7 Mei lalu.
Wanita
IKRAM, All Women’s Action Society (AWAM) termasuk beberapa NGO wanita
lain turut sama menyertai bantahan #HentikanRogol ini yang bermula di
Kompleks Sogo pada jam 4.00 petang.
Selain
Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Setiausaha Wanita IKRAM,
Prof Madya Dr Sabariah Baharun beserta ahli-ahli IKRAM yang lain turut
bersama-sama berhimpun memberikan sokongan terhadap kempen ‘Citizens
Against Rape Walk’ ini.
Kira-kira
300 orang turun ke himpunan ini berpakaian oren bagi menandakan masa
depan yang cerah untuk wanita dan kanak kanak untuk bebas daripada
keganasan seksual. Turut hadir memberikan sokongan Sasterawan Negara,
Datuk A. Samad Said, Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor dan Naib
Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.
Perhimpunan
anjuran Citizen Against Rape (CAR) ini turut membawa mainan dan bunga
sebagai peringatan bahawa kanak-kanak mempunyai hak bebas daripada
segala bentuk keganasan seksual.
Peserta
himpunan membawa sepanduk sambil melaungkan slogan Stop Rape dan
seterusnya bergerak menuju ke KLCC selepas ucapan oleh beberapa pemimpin
NGO yang terlibat. Perhimpunan yang sama turut diadakan di Kuching,
Sarawak pada hari sebelumnya.
Wanita
IKRAM menyokong kempen seperti ini atas dasar prinsip menyatakan
bantahan kepada rogol yang diharamkan dalam Islam dan meningkatkan
kesedaran orang awam tentang kesalahan rogol.
Di
samping mengenegahkan pendekatan Islam dalam menangani gejala rogol,
kempen ini sebagai tanda solidariti Wanita IKRAM kepada mangsa dan
keluarga mangsa rogol serta menyatakan kekesalan dan kesedihan atas
peningkatan kes rogol terutamanya yang melibatkan mangsa kanak-kanak.
Foto 1: http://on.fb.me/1GuTJmd
Foto 2: http://on.fb.me/1IwADeQ
Sumber: http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1272:wanita-ikram-sertai-himpunan-aman-hentikanrogol&catid=54:utama&Itemid=52
No comments:
Post a Comment