5 Jun 2016, JERAM
- Sekolah Menengah Islam (SMI) Hidayah, Johor Bharu muncul juara keseluruhan
Karnival Sukan Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM)
seterusnya membawa pulang piala pusingan tahun ini ke Johor Bharu.
Naib
Johan disandang Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram, Selangor manakala
tempat ketiga menjadi milik Sekolah Menengah Al Azhar, Jitra, Kedah.
SMI
Hidayah Johor Bharu beraksi cemerlang dalam karnival sukan ini dengan
memenangi dua belas emas sementara pasukan olahraganya mencatat rekod
membanggakan apabila menyumbang enam pingat emas dalam acara balapan.
| Kontinjen SMI Hidayah JB bersama piala pusingan |
Sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH di Pulau Pinang yang telah menyertai karnival sukan ini ialah SRI Al-Itqan, SMI Al-Itqan dan Sek. Men. Arab Tahfiz (SMART) Al-Islah.
Karnival sukan yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan oleh Encik Edikoup Lakip Sediyanto yang mewakili Exco Pendidkan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
Karnival sukan yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan oleh Encik Edikoup Lakip Sediyanto yang mewakili Exco Pendidkan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau
memuji usaha penganjuran karnival sukan ini dengan SMI Hira’ Jeram
sebagai tuan rumah. Jelasnya lagi, para atlet diminta mengekalkan
semangat juang kesukanan yang tinggi walau menang atau kalah.
Sebanyak
lapan acara sukan yang dipertandingkan pada karnival sukan pada tahun
ini iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring, catur, badminton,
ping-pong, memanah dan olahraga.
Sekolah
Menengah Islam Hira’ Jeram dipilih sebagai tuan rumah karnival sukan
pada kali ini yang masuk tahun keenam penganjurannya.
Pengetua
SMI Hira’ Jeram, Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir berkata bagi pihak
sekolahnya, beliau berbesar hati dapat menjadi tuan rumah dan
mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan
karnival sukan pada tahun ini.
Majlis
penutupan rasmi karnival sukan tersebut yang berlangsung pada semalam
telah dilaksanakan oleh Pengerusi Jawantankuasa Pendidikan IKRAM
Selangor, Prof Dr Mahamod Ismail.
Sebanyak
15 buah sekolah menengah yang menyertai karnival sukan kali ini yang
juga disertai oleh kontinjen 25 buah sekolah rendah di mana pertandingan
telah diadakan di SRI Al-Amin Bangi, SRI Al-Amin Gombak dan SRI Hira',
Klang.



No comments:
Post a Comment