Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
11 Mei 2015 bersamaan 22 Rejab 1436H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
11 Mei 2015 bersamaan 22 Rejab 1436H
NAHAS HELIKOPTER DI PAKISTAN: IKRAM UCAP TAKZIAH
Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan nahas helikopter di
Wilayah Gilgit, Pakistan pada 8 Mei lalu yang mengorbankan beberapa
diplomat asing termasuklah Duta Norway, Duta Filipina, isteri Duta
Indonesia serta isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
IKRAM
sangat bersimpati dan mengucapkan takziah atas pemergian isteri
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, TYT Datuk Dr Hasrul Sani
Mujtabar iaitu Datin Habibah Mahmud khususnya serta kepada Kerajaan
Malaysia amnya.
Seluruh
ahli IKRAM khususnya dan rakyat Malaysia amnya mendoakan agar TYT Datuk
Drpd Hasrul Sani Mujtabar dan seluruh ahli keluarga beliau bersabar dan
redha atas kehilangan ini.
Bersama kita doakan agar Almarhumah Datin Habibah Mahmud akan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.
Kami juga mendoakan agar TYT Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar akan segera sembuh, insyaa-Allah.
Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un. Al-Fatihah.
Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden &
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No comments:
Post a Comment