KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
9 Mei 2015 (20 Rejab 1436H)
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
9 Mei 2015 (20 Rejab 1436H)
IKRAM DESAK TINDAKAN SEGERA BAGI PULIHKAN KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP TABUNG HAJI
Isu
tentang pembelian hartanah oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) di Tun
Razak Exchange (TRX) dari 1MDB yang tersiar di laman sosial ketika ini
mengundang pelbagai interpretasi.
Ada
pihak melihat ini sebagai satu usaha “bail out” oleh pihak kerajaan
yang sedang berusaha bagi melunaskan bebanan hutang yang tinggi oleh
1MDB.
Tanggapan
negatif ini berlaku disebabkan oleh pelbagai tuduhan salah urus tadbir
yang masih belum terjawab sehingga Laporan Audit Negara dikeluarkan
bagi menjelaskan kedudukan kewangan 1MDB yang sebenar.
Oleh
kerana LTH adalah sebuah organisasi besar negara yang menguruskan
berbilion wang pendeposit, maka sudah tentu berita yang tersebar ini
menimbulkan kegelisahan yang amat sangat di kalangan pendeposit.
Timbalan
Pengarah Urusan Dan Ketua Pegawai Eksekutif LTH, Dato’ Johan Abdullah,
menegaskan bahawa pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang
menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang
terperinci.
Penegasan
di atas sedikit sebanyak dapat meredakan keadaan, namun hakikat di
sebalik urusniaga dengan 1MDB ini masih belum dapat meyakinkan banyak
pihak.
Pendedahan
bahawa tiga orang peneraju Tabung Haji sebagai terkait dengan 1MDB,
iaitu Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan
Tabung Haji juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Dato' Johan Abdullah,
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Pengarah Urusan Tabung
Haji juga Pengerusi 1MDB Edra Energy Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB, dan
Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel Pelaburan Tabung
Haji sebagai Ahli Panel Penasihat 1MDB, menimbulkan persoalan mengenai
kemungkinan pertembungan kepentingan (conflict of interest) di dalam
proses jual beli tanah tersebut dan keraguan terhadap penjagaan
kepentingan Tabung Haji dan pendepositnya dalam urusniaga berkenaan.
Bagi
mengembalikan keyakinan pendeposit, khasnya dan masyarakat umumnya,
maka pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan ini menggesa pihak Kerajaan
untuk mengambil langkah segera seperti berikut:
1. Dipercepatkan Laporan Audit Negara mengenai kedudukan kewangan sebenar 1MDB.
2. Dibekukan untuk sementara waktu semua transaksi kewangan antara TH dan 1MDB.
3. Diberhentikan dengan serta merta, jika ada, urusan pembelian aset 1MDB oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan(GLIC).
4.
Menggantung tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif, Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif dan Ahli Panel Perlaburan yang nama tersenarai sehingga
siasatan selesai bagi mengelakkan gangguan dalam siasatan.
5.
Mengelakkan dari mengambil ahli politik menganggotai Lembaga Pengarah
GLIC, selaras dengan pelan transfomasi Syarikat Berkaitan Kerajaan ,
iaitu memisahkan pengaruh politik dalam bisnes.
Setelah
pihak Audit Negara membuat rumusan ke atas kedudukan kewangan 1MDB yang
sebenar, barulah tindakan lanjut berurusan dengan 1MDB boleh dibuat
dengan mengambil kira risiko yang telah diketahui secara jelas.
Sementara
itu, IKRAM menyeru agar pendeposit Tabung Haji bertenang dan tidak
terburu-buru mengeluarkan simpanan dalam Tabung Haji sehingga perkara
yang lebih jelas diperolehi. Keutuhan Tabung Haji sebagai sebuah
institusi penting Umat perlulah dipelihara sebaik mungkin.
Semoga
segala perkara negatif yang tersebar akan dapat ditangani dengan hemat
demi kelangsungan agenda pembinaan ekonomi Malaysia yang tercinta.
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No comments:
Post a Comment