Friday, 8 May 2015

| BERITA | Dua Ahli IKRAM Siswa UIAM Gombak raih anugerah Heart of Gold. Tahniah!!!


GOMBAK - Dua ahli IKRAM Siswa UIAM Gombak, Saudara Zainal Abid bin Zainal Adlishah dan Saudari Siti Nur Adibah binti Zulkafli meraih anugerah Heart of Gold dalam Majlis BUDI Awards 2015 pada Selasa 5 Mei lalu di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Majlis anugerah anjuran University Centre of Community Engagement (BUDI) ini bertujuan untuk menyampaikan penghargaan dan anugerah kepada ahli-ahli kelab, mahallah, kulliyyah dan badan-badan di UIAM yang bergiat aktif dalam program-program kesukarelawanan dan khidmat masyarakat.

Zainal Abid (gambar kanan) dan Siti Nur Adibah yang turut bergiat aktif Quranic Youth Club UIAM telah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk menerima anugerah tersebut.

Selari dengan hadis bahawa sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat pada manusia, Pengerusi IKRAM Siswa UIAM Gombak, Muhamad Shafik Shahidan bin Fauzi mengharapkan lebih ramai ahlinya turut melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum di samping meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Semoga pengiktirafan kepada penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukaralewanan seperti ini mampu melahirkan mahasiswa yang lebih berdaya saing, kreatif dan kritis serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat sekitar, insya-Allah.

No comments:

Post a Comment