![]() |
| Rumah kekal i-Bantu pertama |
KUALA
KRAI - Agensi Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu telah menyerahkan kunci
rumah kekal i-Bantu pertama kepada salah seorang mangsa banjir di
Guchil di sini pada 1 Mei lalu.
Kunci
diserahkan oleh YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Shaarani Mohd Naim kepada
pemilik pertama di bawah projek rumah kekal i-Bantu, Azman Mamat yang
menerima sebuah rumah yang lengkap dengan tiga bilik dan dua bilik air
yang menelas kos sebanyak RM51,000.
![]() |
| Penyerahan kunci rumah oleh Ustaz Dr Shaarani kepada Encik Azman Mamat |
Turut
menyaksikan penyerahan kunci ialah Pengerusi i-Bantu Pusat, Prof. Madya
Ainullotfi Abdul Latif, Timbalan YDP IKRAM Kelantan, Hj Wan Zulkifli
Wan Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM
Kelantan, Prof. Dr Dinsuhaimi Sidek.
Menurut
Prof. Madya Ainullotfi, daripada 44 keluarga yang tinggal di Desa
Sakinah i-Bantu, cuma 14 sahaja yang tinggal di tanah sendiri dan
mempunyai geran sementara baki yang lain menyewa atau tidak mempunyai
geran.
“Alhamdulilah,
walaupun pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir tidak dirancang pada
asalnya namun pada 1 Mei rumah kekal yang pertama siap dibina.
“Satu
daripada 14 keluarga itu telah menerima rumah, empat keluarga rumah
masih dalam pembinaan oleh i-Bantu, lima keluarga telah dijanjikan rumah
kekal oleh agensi atau badan lain manakala empat keluarga lagi sedah
cuba diusahakan penajaanya oleh mana-mana pihak yang bermurah hati,"
katanya.
Ujar
beliau lagi, bagi keluarga yang tidak mempunyai geran, i-Bantu sedang
mengusahakan bantuan sewa rumah sambil menanti bantuan lot tanah dan
rumah kekal daripada kerajaan atau pihak lain.
“i-Bantu
sedang cuba mempercepatkan ‘exit plan’ bagi penempatan tersebut, dengan
mengusahakan suasana yang lebih selesa bagi mereka sama ada berupa
rumah kekal, rumah sewa atau menumpang di rumah saudara mara.
“Namun
pada masa yang sama i-Bantu akan teruskan bantuan untuk beberapa bulan
sehingga mereka dapat cukup stabil untuk bersedia kembali meneruskan
kehidupan normal dengan sendiri,” jelasnya.
Beliau
yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Kelantan untuk memantau
perkembangan serta perancangan projek-projek pasca banjir i-Bantu di
negeri ini sempat melawat kesemua tapak projek dan bertemu bakal
pemilik-pemilik rumah kekal tersebut.
Beliau
turut berkesempatan melawat khemah penempatan sementara di Desa Rahmah
tajaan MyCARE di Kampung Pahi dan Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu
bagi meninjau perkembangan di tempat tersebut.
Bagi
penghuni Desa Rahmah, i-Bantu bercadang untuk mengadakan
program-program bantuan dan pembangunan juga untuk mereka selepas ini
agar dapat mempersiapkan diri secara mental dan spiritual untuk
kehidupan normal kelak.
Bagi
SRI Aman Wakaf Bharu menurut beliau, i-Bantu telah berusaha untuk
mendapatkan penajaan korporat bagi menggantikan sebahagian daripada
inventori yang musnah atau hilang tersebut.
Beliau
juga sempat mengadakan pertemuan dengan Pengarah Desa Sakinah, Hj Wan,
Pengurusnya Mejar (B) Zaidi dan Penyelaras Teknikal Ir Zaidi Sulaiman,
bagi membincangkan perancangan bantuan dan program pembangunan
seterusnya untuk keluarga mangsa banjir yang telah dikenalpasti di Kuala
Krai.
Foto Lawatan:
Penyerahan rumah kekal: http://on.fb.me/1E2TiL5
Desa Sakinah: http://on.fb.me/1GX0nmI
Desa Rahmah: http://on.fb.me/1R8lyFi
SRI Aman Wakaf Bharu: http://on.fb.me/1zv2VFK


No comments:
Post a Comment