Wednesday, 31 December 2014

| BERITA | Usaha Misi Bantuan Banjir i-Bantu dari pelbagai negeri

Dikongsikan usaha terkini pihak i-Bantu dari pelbagai negeri dalam menangani banjir yang sedang melanda. 

Info lanjut boleh diperolehi dari https://www.facebook.com/iBantu.IKRAM.Prihatin.

Terima kasih kepada semua penyumbang budiman!

1. Majlis ringkas pelancaran bot penyelamat i-Bantu Negeri Kelantan. Semoga dengan adanya bot ini kerja-kerja memberikan bantuan akan lebih lancar lagi, insya Allah.

 
 
  

2. Misi Kedua i-Bantu Negeri Johor bertolak dari Kompleks IKRAM Negeri Johor menuju ke Kuala Krai, Kelantan, seramai 17 anggota dengan sebuah lori 3 tan dan tiga buah 4wd, diketuai oleh saudara Md Nor Azan. Mereka membawa buah-buahan, makanan, bahan asas/mentah untuk dimasak, makanan ringan & biskut serta snek untuk kanak-kanak, susu bayi/lampin pakai buang, tuala wanita/selimut baru serta toiletries, dan telekung.

 

 
 
 
 

No comments:

Post a Comment