Wednesday, 31 December 2014

| INFO | IKRAM Health: Penjagaan Kesihatan di Tempat BANJIR??!!



 Info Masyarakat daripada IKRAM Health semasa berdepan situasi banjir
PENJAGAAN KESIHATAN DI TEMPAT BANJIR

1. Daftar/ Lapor Diri
Pastikan anda mendaftar nama kepada pihak bertanggungjawab sekiranya anda mempunyai penyakit dan keperluan khusus (contoh: kerusi roda, tongkat)
 

2. Ubat-ubatan
Simpan buku temujanji dan senarai ubat-ubatan. Jangan makan ubat yang basah atau dicemari air. Jangan makan ubat tanpa label.

3. Makan & minum
Makan dan minum dari sumber yang dibekalkan. Elakkan membasuh/minum dari air yang bertakung. Elakkan dari memakan makanan yang terdedah lebih daripada 6 jam.

4. Kebersihan
Jangan muntah/buang air di kawasan air bertakung. Jangan buang lampin merata tempat. Ikat plastik sampah bagi mengelakkan dihanyut air atau disepah binatang.

5. Simptom
Kenalpasti tanda awal penyakit (demam, sakit perut, cirit birit, muntah). Dapatkan pemeriksaan segera jika tidak sihat.

IKRAM Health Pahang
_____________________________
Ayuh teruskan memberikan sumbangan anda...
MAYBANK : 5621-4240-5154
Atas nama: "Pertubuhan Ikram Malaysia"
Emelkan ke: ibantu4ikram@gmail.com
JOM Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu

No comments:

Post a Comment