Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
22 Disember 2014 bersamaan 29 Safar 1436H
IKRAM Bantah Sebarang Usaha Tangkapan Terhadap Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
22 Disember 2014 bersamaan 29 Safar 1436H
IKRAM Bantah Sebarang Usaha Tangkapan Terhadap Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Pertubuhan
IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius dan mengutuk tindakan kerajaan
Mesir meminta Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan Notis Merah
atau waran tangkap ke atas Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh
Dr Yusuf Al-Qaradhawi atas tuduhan bersubahat, menghasut dan membantu
untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan
diri, membakar, vandalisme dan kecurian.
IKRAM
berpendapat bahawa waran tangkap ini adalah tindak balas kepada
bantahan berterusan beliau terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh
Jeneral Abdul Fattah As-Sisi ke atas Presiden Mesir yang sah dan
terpilih secara demokratik, Dr Mohamed Morsi pada awal Julai 2013.
IKRAM
berpendapat bahawa tindakan ini adalah suatu tindakan yang tidak wajar
kerana Dr Al-Qaradhawi adalah seorang ulama kontemporari yang moderat
serta sangat konsisten dalam mempertahankan keadilan dan hak asasi
manusia.
Beliau
yang pernah dinobatkan oleh kerajaan Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah
2009 sentiasa menyeru kepada pendekatan berdialog, berdiskusi dan
berwacana selain sentiasa menegah masyarakat Muslim seluruh dunia dari
sebarang tindakan subversif dan ekstremisme.
Beliau
juga pernah mendapat tempat ketiga dalam satu undian berkenaan 100
intelek tersohor dunia pada tahun 2008 yang dikendalikan oleh Prospect
Magazine (UK) dan Foreign Policy (US). Hasil undian ini menunjukkan
beliau dikagumi oleh barat berdasarkan tahap keintelektualannya dan
pendiriannya yang moderat.
Dr
Yusuf Al-Qaradhawi dalam reaksi beliau terhadap waran tangkap tersebut
telah menafikan pembabitan beliau malah mempersoalkan bagaimana beliau
boleh terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah sedangkan beliau
memegang kerakyatan Qatar dan tidak pernah meninggalkan Qatar dalam
tempoh tersebut.
IKRAM
menggesa kerajaan Malaysia bersikap tegas dan mengambil tindakan segera
dengan menggunakan kedudukan Malaysia selaku ahli Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta pengaruh dalam Pertubuhan
Kerjasama Negara-Negara Islam (OIC) supaya mendesak kerajaan Mesir untuk
menarik balik dakwaan terhadap tokoh dunia Islam itu.
IKRAM
meminta agar Interpol menarik balik waran tangkap ke atas Dr Yusuf
Al-Qaradhawi kerana pertuduhan ke atas beliau adalah tidak munasabah
sama sekali.
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden IKRAM
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Sumber: http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1161%3Aikram-bantah-sebarang-usaha-tangkapan-terhadap-dr-yusuf-al-qaradhawi&catid=47%3Aperhubungan&Itemid=13

No comments:
Post a Comment