SERI
KEMBANGAN - Dewan Perwakilan Nasional (DPN) kali ketiga yang bersidang
semalam dan hari ini di sini telah memilih Hj Shahrul Aman Mohd Saari
sebagai Naib Presiden IKRAM bagi menggantikan Hj Syed Ibrahim Syed Noh
yang telah meletakkan jawatannya baru-baru ini.
Shahrul Aman, 39, adalah Ahli JKP IKRAM sejak 2010 merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia Remaja (JKBR) sesi 2014-2018. Beliau turut terlibat aktif dalam aktiviti masyarakat madani sebagai Exco Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, DPN juga telah memilih Prof Madya Dr Badlishah Sham Baharin, yang juga Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan sebagai Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM bagi mengisi kekosongan JKP yang dikosongkan oleh Syed Ibrahim.
Tambah beliau, DPN juga telah bersetuju untuk melantik Hj Abdul Aziz Jalal, yang juga Yang Dipertua IKRAM Gombak sebagai JKP bagi mengisi kekosongan yang memang belum terisi sebelum ini.
Dengan perlantikan ini, didoakan semoga semua JKP IKRAM diberi kekuatan oleh Allah SWT bagi melaksanakan tugas mereka dengan sebaiknya dalam agenda dakwah dan tarbiah di Malaysia, insyaa-Allah.

Sumber: http://ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1157%3Ashahrul-aman-naib-presiden-ikram-baharu&catid=1%3Aberita-pusat&Itemid=9

No comments:
Post a Comment