Artikel perkongsian diambil dari Facebook Aqsa Syarif
Kami
seringkali ditanya berkenaan struktur bangunan yang mana satu adalah
Masjidil Aqsa. Ada yang mengatakan Masjidil Aqsa adalah Kubah As-Sakhra
(Dome of Rock), yang berkubah emas, masjid yang berwarna kelabu, Masjdil
Qibli dan Masjid Umar.
Kami memuji para pengunjung yang memahami bahawa
Masjidil Aqsa adalah keseluruhan struktur yang berada di dalam
kotak merah itu, atau lebih dikenali sebagai Haram As-Syariff.
Mari
kita tatapi gambar tersebut akan persamaan dan perbezaan yang boleh
didapati pada ketiga-tiga masjid tersebut. Agak menghairankan
soalan-soalan yang begitu prihatin ini hanya berlaku kepada Masjidil
Aqsa sahaja dan tidak timbul pula pada Masjidil Haram dan Masjidil
Nabawi.
Alhamdulillah, tuntutan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan, diiringi niat dan keinginan yang suci, persediaan yang benar dan mencukupi, perancangan yang rapi dengan menyertai kursus-kursus yang disediakan, serta ceramah-ceramah yang dihadiri membuatkan kita begitu mengenali Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
Berbekalkan usaha-usaha di atas, tidak timbul isu kita mengatakan hanya Kaabah itu sahaja adalah Masjidil Haram, kerana kita telah memahami dengan usaha kita bahawa keseluruhan kawasan dalam lingkungan merah (#2) adalah Masjidil Haram. Pada tahun ini kerajaan Arab Saudi akan melaksanakan projek naik taraf terbesar dalam sejarah. Dan sudah pasti ia masih dipanggil Masjidil Haram walaupun kawasannya semakin luas.
Kita lihat pula Masjidil Nabawi. Masjid Hijau itu tidak dikatakan sebagai Masjidil Nabawi kerana kita memahami bahawa keseluruhan kawasan dalam lingkungan merah (#3) adalah Masjidil Nabawi. Hakikatnya, Masjidil Nabawi telah mengalami beberapa fasa projek menaik taraf bermula daripada rumah Rasulullah s.a.w dan masjid berhampiran rumah baginda sehingga struktur sekarang bagi menampung ahli jemaah yang lebih ramai sama seperti Masjidil Haram.
Alhamdulillah. Syukur, kita semua jelas berkenaan status fizikal Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Mari kita bandingkan dengan Masjidil Aqsa.
Mari kita lihat gambar (#1). Lingkungan merah tersebut adalah Masjidil Aqsa, sama seperti lingkungan kawasan bagi Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. Mudah untuk difahami.

Di dalamnya terdapat 6 buah masjid atau surau yang dinamakan
Masjid al-Qibli, Masjid al-Qadim, Musolla al-Marwani, Masjid al-Buroq,
Masjid al-Maghribah, dan Masjid an-Nisa'. Kubah as-Sakhra juga merupakan
tempat para sahabat pernah menunaikan solat, dan hakikatnya mereka
pernah solat di seluruh kawasan tersebut.
Pertambahan bilangan struktur bangunan atau masjid itu berlaku kerana beberapa zaman pemerintahan oleh para sahabat, tetapi kemudian terhenti kerana Masjidil Aqsa ditawan semasa Perang Arab-Israel 1967 (atau Six Day War), iaitu hampir 19 tahun selepas negara haram Israel ditubuhkan.
Jika kita lihat wajah Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi ditambah baik untuk menampung kunjungan jemaah dari serata dunia, mengapa tidak perkara yang sama berlaku pada Masjidil Aqsa? Bukankah ia tempat yang suci juga? Sedarlah kita bahawa penaiktarafan Masjidil Aqsa tidak dilakukan seperti Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi.
Jawapannya mudah, iaitu kerana rejim zionis tidak akan membiarkan perkara itu berlaku! Dan ummah sekarang hanya sibuk membincangkan istilah berbanding perjuangan!
Marilah kita beralih kepada usaha yang lebih besar, mengenali Masjidil Aqsa sepatutnya bukan isu lagi bagi rakyat Malaysia selepas ini, tetapi usaha untuk membebaskan Palestin daripada rejim Israel, itulah yang kita sama-sama harus perjuangkan!
Kepada yang bertanya lagi soalan yang sama, kami berharap anda membantu kami dengan 'copy paste' atau 'share' artikel ringkas ini di mana-mana ruangan komen. Sumbangan ini begitu besar, iaitu kita berjuang membetulkan kefahaman orang ramai. [Ph]

No comments:
Post a Comment