Tuesday, 10 March 2015
| BERITA | Halaqah Al-Hidayah: Sirah Nabawiyah
Halaqah Al-Hidayah anjuran bersama IKRAM Daerah Timur Laut dengan kerjasama Surau Al-Hidayah, Bukit Jambul telah berjaya diadakan lagi pada minggu baru-baru ini.
| BERITA | Mesyuarat Agung Wanita Daerah (MAWD) dan Mesyuarat Agung Daerah (MAD) IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah
Monday, 9 March 2015
| KENYATAAN MEDIA | Wanita IKRAM bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2015
Sempena
Sambutan HARI WANITA ANTARABANGSA
Sambutan HARI WANITA ANTARABANGSA
8 Mac 2015
MALAYSIA MENUJU NEGERA RAHMAH
MARTABATKAN WANITA, MARTABATKAN KEMANUSIAAN
MARTABATKAN WANITA, MARTABATKAN KEMANUSIAAN
1.0 Hari Wanita peringkat Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun adalah untuk mengiktiraf peranan wanita serta meneruskan perjuangan memartabatkan kaum wanita di seluruh dunia. Wanita IKRAM Malaysia mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua kaum wanita di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.
2.0 Tema sambutan Hari Wanita Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun ini adalah 'Empowering Women, Empowering Humanity: Picture it!' [Memperkasakan Wanita, Memperkasakan Kemanusiaan: Gambarkan!] Sambutan di peringkat Antarabangsa pada tahun ini menginggatkan semula kepada Negara-negara dunia untuk melaksanakan komitmen mereka dalam Perisytiharan dan Pelan Tindakan Beijing yang telah dipersetujui 20 tahun yang lalu. Perisytiharan dan Pelan Tindakan Beijing menuntut supaya masyarakat dunia mewujudkan satu suasana di mana wanita dan kanak-kanak perempuan mempunyai hak, kebebasan dan peluang yang sama dalam setiap aspek kehidupan ini.
| BERITA | Majlis Penghargaan i-Bantu IKRAM Negeri Pulau Pinang bersempena Misi Bantuan Pasca Banjir ke Kelantan
Pada 1 Mac 2015, Ahad, telah dianjurkan dengan jayanya Majlis Penghargaan i-Bantu IKRAM Negeri Pulau Pinang bersempena Misi Bantuan Pasca Banjir ke Kelantan.
Majlis ini turut diserikan oleh Prof. Dr Md Roslan dan para pimpinan IKRAM Negeri Pulau Pinang dan institusi IKRAM Negeri Pulau Pinang. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis ini.
| BERITA | Program Liqo' Murabbi 01/02
Pada 26/2/2015 Khamis, jam 9.45 petang telah berlangsung Program Liqo' Murabbi 01/02 bertempat di pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang.
Program ini adalah untuk membantu murabbi meningkatkan kefahaman dan saling membantu di dalam setiap permasalahan halaqah yang dibawa.
Pengisian telah disampikan oleh ustaz Sazalie. Seramai 25 orang murabbi/ah telah menghadiri Liqo' Murabbi ini.
Sekian
Program ini adalah untuk membantu murabbi meningkatkan kefahaman dan saling membantu di dalam setiap permasalahan halaqah yang dibawa.
Pengisian telah disampikan oleh ustaz Sazalie. Seramai 25 orang murabbi/ah telah menghadiri Liqo' Murabbi ini.
Sekian
| BERITA | Majlis Iftar Jamaie dan Majlis Induksi IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah
Pada 26/2/2015 Khamis, jam 6.45 petang telah berlangsung program IFTAR JAMAIE dan MAJLIS INDUKSI IKRAM Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bertempat di pejabat IKRAM Negeri Pulau Pinang.
| BERITA | Qiamulail - Rasulullah Di Hatiku: Jom Cintai & Hidupkan Sunnah
Pada hari Sabtu dan Ahad (7 - 8 Mac 2015) bermula pada jam 6.30 petang, telah berjaya dianjurkan program Qiamulail - Rasulullah Di Hatiku: Jom Cintai & Hidupkan Sunnah anjuran IKRAM Junior Wanita IKRAM Daerah Timur Laut dan Pusat Pendidikan Islah Educare.
Seramai 75 peserta kanak-kanak (aulad) yang berumur antara 7 hingga 12 tahun telah menyertai program ini. Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah zikir munajat, pengisian motivasi, Explorace dan lain-lain.
![]() |
| Sesi motivasi di malam hari ..... |
Tuesday, 3 March 2015
| BERITA | Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2015 anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang
Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang yang bertemakan "Masyarakat Bersatu, Pulau Pinang Maju" telah berjaya dianjurkan pada 1 Mac 2015, Ahad di padang MPPP, Pantai Jerejak, Sungai Nibong, Pulau Pinang.
![]() |
| Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan isteri bersama barisan jawatankuasa majlis di pentas kehormat |
Subscribe to:
Posts (Atom)






















