Thursday, 1 January 2015

| BICARA YDP | Perutusan Tahun Baru 2015


Ir JAMALUDDIN BIN ABDULLAH

Ucapan Yang DiPertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pulau Pinang 
Sempena Tahun Baru 2015

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Segala pujian bagi Allah. Selawat dan salam kepada Rasulullah dan ahli keluarganya serta para sahabat sekaliannya. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.

Ahli IKRAM yang dirahmati,

Bersyukur kepada Allah kerana diberi nikmat iman dan Islam. Bersyukur juga kerana Allah izinkan kita melangkah tahun baru Masihi 2015. Sudah semestinya sempena tahun baru, ada yang memperbaharui azam untuk beramal lebih baik lagi. Tidak kurang pula yang menganggap  perubahan tahun kalender tidak mendetik jiwanya untuk berubah.

| BERITA | Wanita IKRAM Negeri Perak menceriakan kanak-kanak di pusat pemindahan mangsa banjir di Perak Tengah

Wanita IKRAM Negeri Perak menceriakan kanak-kanak di pusat pemindahan mangsa banjir di negeri Perak. Sentuhan khidmat masyarakat Wanita IKRAM Negeri Perak ini menerima liputan dari TV9 dan akhbar Sinar Harian.

Syabas Wanita IKRAM Negeri Perak!

| BERITA | Akaun bank bagi sumbangan mangsa banjir i-Bantu Negeri Pulau Pinang

| TERKINI | Dikongsikan maklumat akaun bank bagi sumbangan kewangan untuk membantu mangsa banjir melalui i-Bantu Negeri Pulau Pinang


| BERITA | Facebook Page Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri Pulau Pinang: i-Bantu Negeri Pulau Pinang

i-Bantu adalah institusi yang memayungi usaha-usaha Khidmat Masyarakat di dalam negara yang dilaksanakan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

i-Bantu Negeri Pulau Pinang ialah salah satu i-Bantu peringkat negeri yang telah ditubuhkan bagi menyokong visi dan misi yang telah digariskan.

Mari layari dan "like" Facebook Page
Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri Pulau Pinang: i-Bantu Negeri Pulau Pinang 
untuk mendapat makluman terkini misi bantuan banjir Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pulau Pinang.



| HEBAHAN | Facebook Page IKRAM Negeri Pulau Pinang

Assalamualaikum,

Mari layari dan "like" Facebook Page IKRAM Negeri Pulau Pinang.



Wednesday, 31 December 2014

| BERITA | Pasukan konvoi i-Bantu diuji arus deras

Malang tidak berbau.. Petang tadi sebuah hilux dari Pertubuhan IKRAM Malaysia yang membawa bantuan banjir kepada penduduk Kg.Pelambor, K.Jengai telah tenggelam dalam arus banjir. Alhamdulillah, semua selamat cuma hilux hilang dibawa arus deras.

Sumber: Facebook Balai Polis Kuala Jengai


| INFO | Doa untuk yang membantu dan yang dibantu.


[ DOA SENJATA MUKMIN ]
Doa untuk yang membantu dan yang dibantu.

"Ringankan beban, hulurkan bantuan."
Tabung Bencana Banjir | MAYBANK | 5621-4240-5154
Atas nama: "Pertubuhan Ikram Malaysia"
Emelkan ke: ibantu4ikram@gmail.com
‪#‎ibantu‬#pray4pantaitimur ‪#‎pray4eastcost‬ ‪#‎ikram‬

| INFO | Bahan-bahan keperluan kritikal yang diperlukan mangsa banjir

| HEBAHAN | i-Bantu Negeri Perak mewar-warkan tentang sumbangan pelbagai barangan kritikal yang diperlukan ini! 

Pastinya barangan yang sama boleh kita sumbangkan kepada setiap i-Bantu negeri-negeri yang berdekatan dengan kita termasuk i-Bantu Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih

| INFO | IKRAM Health: Penjagaan Kesihatan di Tempat BANJIR??!!



 Info Masyarakat daripada IKRAM Health semasa berdepan situasi banjir
PENJAGAAN KESIHATAN DI TEMPAT BANJIR

1. Daftar/ Lapor Diri
Pastikan anda mendaftar nama kepada pihak bertanggungjawab sekiranya anda mempunyai penyakit dan keperluan khusus (contoh: kerusi roda, tongkat)
 

2. Ubat-ubatan
Simpan buku temujanji dan senarai ubat-ubatan. Jangan makan ubat yang basah atau dicemari air. Jangan makan ubat tanpa label.

3. Makan & minum
Makan dan minum dari sumber yang dibekalkan. Elakkan membasuh/minum dari air yang bertakung. Elakkan dari memakan makanan yang terdedah lebih daripada 6 jam.

4. Kebersihan
Jangan muntah/buang air di kawasan air bertakung. Jangan buang lampin merata tempat. Ikat plastik sampah bagi mengelakkan dihanyut air atau disepah binatang.

5. Simptom
Kenalpasti tanda awal penyakit (demam, sakit perut, cirit birit, muntah). Dapatkan pemeriksaan segera jika tidak sihat.

IKRAM Health Pahang
_____________________________
Ayuh teruskan memberikan sumbangan anda...
MAYBANK : 5621-4240-5154
Atas nama: "Pertubuhan Ikram Malaysia"
Emelkan ke: ibantu4ikram@gmail.com
JOM Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu

| BERITA | Rayuan Sumbangan Mangsa Banjir Pantai Timur Melalui i-Bantu IKRAM Malaysia



Rayuan sumbangan mangsa banjir Pantai Timur melalui i-Bantu Pertubuhan IKRAM Malaysia.

"Ringankan beban, hulurkan bantuan."

Tabung Bencana Banjir | MAYBANK | 5621-4240-5154
Atas nama: "Pertubuhan Ikram Malaysia"

Emelkan ke: ibantu4ikram@gmail.com