Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
18 Januari 2016 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1437H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
18 Januari 2016 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1437H
IKRAM KUTUK SERANGAN BERGANDA PENGGANAS
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyertai solidariti rakyat seluruh
dunia mengutuk ‘serangan pengganas yang tidak berperikemanusiaan’ di
tiga negara iaitu Turki, Indonesia dan Burkina Faso antara tarikh 12
hingga 15 Januari 2016 lalu yang mengorbankan hampir 50 nyawa dan
mencederakan lebih daripada 70 orang.
IKRAM mengutuk perbuatan ini dan berharap bahawa individu-individu
atau kumpulan bertanggungjawab bagi perbuatan yang dahsyat ini dibawa ke
muka pengadilan. Tindakan keganasan sebegini menunjukkan bahawa mereka
tidak menghormati nilai kehidupan manusia.
IKRAM menyeru rakyat Malaysia pelbagai etnik dan lapisan masyarakat
untuk menunjukkan sokongan dan merakamkan simpati dan takziah kepada
semua mangsa dan keluarga mereka.
Sesungguhnya, Islam amat menitikberatkan dan memupuk kasih sayang
sesama manusia dan melarang sebarang bentuk kekerasan, keganasan dan
penindasan yang jelas menyimpang dari ajaran Tuhan.
Justeru, marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan dunia keseluruhannya dan dikekalkan kehidupan yang aman dan harmoni.
Haji Kamarul Zaman Bin Shaharul Anwar
Pengerusi,
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
(ENGLISH VERSION)
Media Statement
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
18th January 2016
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
18th January 2016
IKRAM CONDEMNS THE MULTIPLE TERRORIST ATTACKS
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) joined the solidarity of the whole
world, condemns the ‘inhuman terrorist attacks’ in three countries such
as Turkey, Indonesia and Burkina Faso that happened between 12th to 15th
January 2016 and killed nearly 50 people and hurt more than 70.
IKRAM condemn this act and hope that individuals or groups
responsible for these terrible acts, be brought to justice. Such
terrorist acts show that they do not respect the value of human life.
IKRAM called on Malaysians of various ethnic groups and walks of life
to show their support and deepest sympathies and condolences to the all
the victims and family members.
Indeed, Islam emphasizes and fosters human affection and prohibits
any form of violence, terror and repression that clearly deviated from
the teachings of God.
Therefore, let us pray for the welfare of the whole world and maintained a life of peace and harmony.
Haji Kamarul Zaman Bin Shaharul Anwar
Chairman
International Relations Committee
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Chairman
International Relations Committee
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No comments:
Post a Comment