Thursday, 21 January 2016

| INFO | Video: Ada Apa dengan Usrah? oleh Dr. Danial Zainal Abidin


Published on Nov 28, 2013
Apa kata Dr. Danial Zainal Abidin tentang usrah?
 
Dr. Danial Zainal Abidin bersekolah di Sekolah Rendah Jelutong dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang.Seterusnya belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free. Sambung belajar di Universiti Iskandariah, Mesir - jurusan perubatan. Ketika di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah (1975).Tahun 1981 beliau mendapat ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.

Beliau menjadi Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang.Antiviti lain adalah sebagai pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.

Beliau pernah menjadi penceramah dan motivator di Telekom Malaysia, IKIM, Kuantan Port, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Persatuan Pekerja-Pekerja Islam TNB, KLIA dAN Petronas Carigali.Beliau juga dijemput berceramah di St. Louis, Amerika, Perth, Australia, dan Singapura.

Beliau menjadi penasihat bagi Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) (2012). Yang Di Pertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang(1992-2001). Selain itu sebagai Pengerusi Kariah di Sungai Ara, Pulau Pinang (1996-2000).

 
JUS! adalah nama singkatan kepada Jom Usrah!

JUS! ialah satu kempen untuk mengajak semua orang menyertai dan merasai kemanisan serta kenikmatan aktiviti usrah.

facebook.com/jus.jomusrah
jomusrah.jus@gmail.com
https://twitter.com/jomusrah
http://instagram.com/jomusrah

Kempen JUS! Jom Usrah! ini dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

JUS! Jom Usrah! © 2013

No comments:

Post a Comment