Wednesday, 2 July 2014

| BERITA | Program CAHAYA ILAHI Ke Udara Bersama Mutiara FM

Cahaya Ilahi disiarkan buat julung-julung kalinya di Mutiara FM (RTM Pulau Pinang) di sepanjang bulan Ramadhan tahun lalu. Program radio ini diterbitkan oleh DJ Nurul Husna, Mutiara FM dengan kerjasama Hidayah Centre Pulau Pinang.

Seramai lapan orang reverts telah berkongsi pengalaman, juga kisah suka duka mereka sebelum dan selepas kembali kepada agama fitrah - Islam.

Alhamdulillah, sekali lagi Cahaya Ilahi bersiaran pada setiap hari Selasa dan Khamis jam 12.30 tengahari di sepanjang Ramadhan tahun ini bermula 1 Julai 2014.

Berikut dikongsikan perkongsian kisah dari tahun lepas dan tahun ini (akan dimasukkan ke blog ini dari semasa ke semasa).

Dengarkan kisah bagaimana seorang ayah terkena stroke sebaik anaknya memeluk Islam, begitu juga bagaimana seorang anak lelaki yang pernah mengoyak Al-Quran dan mencampaknya ke atas pokok akhirnya bertemu hidayah dan kini aktif berdakwah.

Bagaimana pula kisah seorang ibu beragama Hindu sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyiapkan hidangan sahur buat anaknya yang beragama Islam? Dan juga kisah ibu yang masih belum Islam mengambil tindakan membuang peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, sudu dan periuk hanya kerana mahu menjaga cucunya. Kasih ibu!

Itu adalah sebahagiannya sahaja. Banyak lagi kisah menarik dan mendebarkan dalam Cahaya Ilahi 2013 & 2014. Setiap episod menjanjikan pengalaman dan perkongsian yang berbeza, insya-Allah. 

Frekuensi Mutiara FM :
95.7 MHz, 93.9 MHz atau 90.0 MHz.
Dengarkan secara online di http://mutiarafm.rtm.gov.my
Siaran 2014 : Setiap hari Selasa & Khamis jam 12.30 tengahari.

::Klik pada nama reverts di bawah ::
CAHAYA ILAHI 2014 
Episod 1 - Azran Chan
Episod 2 - Wardatul Iman Sidhu Abdullah

CAHAYA ILAHI 2013

Dua orang reverts remaja turut muncul dalam rancangan Remaja @ Mutiara.

Alif Taufiq - Remaja @ Mutiara
Aisyah - Remaja @ Mutiara

No comments:

Post a Comment