Monday, 16 June 2014

| BERITA | Suatu hari yang penuh aktiviti untuk aktivis Hidayah Centre, Ahad, 15 Jun 2014

Alhamdulillah... Allah kurniakan kita kekuatan untuk bekerja di hari minggu yang diberkati. AJK Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) dan sukarelawan telahpun menjalankan beberapa aktiviti pada hari  Ahad 15 jun 2014.

Aktiviti-aktiviti ini adalah antara aktiviti Hidayah Centre Pulau Pinang sepanjang tahun dan akan berterusan selagi diizinkan ALLAH.

Sukarelawan yang gigih bersama dengan Pengarah Program Lawatan Hospital, Encik Rizal
Jam 11 pagi - Program Lawatan Hospital bersama pengarah Haji Naser. Pengarah program Lawatan Hospital, Encik Rizal tetap semangat walaupun berkerusi roda. Encik Rizal adalah seorang pegawai kerajaan OKU yg bergerak menggunakan tangannya sahaja.


Manakala pada waktu yang sama, iaitu jam 9 pagi, kelas mualaf wanita di pejabat HCPP mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran yg memberangsangkan. Ditambah dengan jamuan yang ditaja.... murah rezeki, syukur!


Pada sebelah petang pula, pengerusi HCPP, Encik Mohd Yusni telah menziarahi mualaf santunan HCPP dengan memberikan sumbangan bersempena Ramadhan. Beberapa ziarah lagi akan dibuat sebelum Ramadhan ini.

Encik Yusni (kanan) bersama salah seorang penerima sumbangan Ramadhan HCPP
Pada sebelah malam pula, dari jam 8 hingga 12 malam, semua JK HCPP bermesyuarat bersama NGO dan NGI dalam memperkasakan dakwah di Pulau Pinang. Mesyuarat ini telah diadakan di Institut Al Qayyim, Pulau Pinang.


Doakan sukarelawan HCPP terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah ini. Saudara baru, amanah bersama....

Hubungi petugas HCPP untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan saudara baru di
 (04)6452740 / 012-5503272.

No comments:

Post a Comment