Thursday, 24 May 2018

| HEBAHAN | Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Pulau Pinang 2018, 3 Jun 2018 (Ahad)



Assalamualaikum,

Pihak Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) ingin menjemput:

i) Saudara kita & keluarga
ii) Ahli keluarga yg belum Islam
iii) Semua kenalan yg belum islam

ke Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Pulau Pinang 2018 untuk berbuka puasa sama2.

TARIKH : 3/6/2018 (Ahad)
MASA : 5.30 - 10.30 pm
TEMPAT : Dewan Terbuka Tapak Pesta Pulau Pinang

Sila hubungi
☎️Cik Nazirah (012-550 3272)
☎️Puan Nor (013-4894595)
untuk mengesahkan kehadiran anda. 😃

🚗Jika anda perlukan transport, sila maklumkan pada kami.🚖



Saturday, 25 November 2017

| BERITA BERGAMBAR | Majlis Pentauliahan Pangkat Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) Sekolah Rendah Al-Itqan Pulau Pinang, 22 Nov 2017

| HEBAHAN | Jom sertai KEM REMAJA ISLAM 2017, 16-17 Disember 2017 di Balik Pulau

Jom sertai KEM REMAJA ISLAM 2017.
Terbuka untuk semua remaja lelaki dan perempuan berumur 12 - 17 tahun.

| BERITA | Liputan dalam media umum (HARIAN Metro) tentang Majlis HI-TEA 4 HUMANITY (bersama aktivis "Women's Boat to Gaza)

Petikan dalam laman web Harian Metro

Semoga dipermudahkan


Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

SELEPAS memperjuangkan nasib rakyat Palestin termasuk menyertai 'Women's Boat For Gaza' (WBG), Tokoh Aktivis Palestin Antarabangsa Dr Fauziah Hasan melancarkan misi membantu wanita Rohingya mengandung di Cox's Bazar, Bangladesh.

Dianggarkan antara 30 hingga 40 peratus daripada 800,000 pelarian Rohingya di Bangladesh ketika ini ialah wanita mengandung dan kanak-kanak yang memerlukan rawatan.

Dr Fauziah berkata, pihaknya akan turut membawa peralatan 'ultra sound' mudah alih untuk memeriksa keadaan wanita Rohingya yang mengandung.

Selain itu katanya, peralatan seperti tilam dan ubat nyamuk akan turut dibawa bagi membolehkan wanita Rohingya yang mengandung tinggal dalam keadaan lebih selesa di negara berkenaan.

"Kami dapat tahu ramai wanita muda sedang mengandung antara 800,000 pelarian yang sedang mendapat perlindungan di Bangladesh.

"Justeru, kami akan ke sana bagi melaksanakan misi kemanusiaan membantu wanita mengandung dan kanak-kanak yang memerlukan rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program 'Hi-Tea4Humanity' di Penang Golf Resort, Kepala Batas, hari ini.

Program berkenaan anjuran bersama Rose2Rose (R2R) Pulau Pinang dan R2R Kedah bertujuan mengumpul dana bagi membantu wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan.

Hadir sama, Kolonel Bersara Tentera Amerika Syarikat Mary Ann Wright yang juga ketua WBG tahun lalu.

Dr Fauziah berkata, pihaknya mungkin tidak dapat memeriksa keadaan semua 800,000 pelarian Rohingya di Cox's Bazar tetapi akan membantu seramai mungkin wanita dan kanak-kanak.

"Kita berterima kasih kepada Kerajaan Bangladesh kerana menyembur vaksin bagi mencegah malaria daripada merebak.

"Sebab itu kami akan memberi tumpuan kepada wanita mengandung termasuk memberi kelambu bagi mengelak mereka digigit nyamuk," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2017 @ 8:14 PM

Monday, 20 November 2017

| BERITA | Pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar muncul Johan Memanah kategori 15 dan 20 meter bawah 15 tahun. Tahniah!


Pelajar Sek. Men. Al-Itqan MOHAMAD AFIQ BIN MOHD RADZI (Ting 3 At-Tabarani) meraih Johan Memanah Kategori 15 dan 20 meter bawah 15 tahun pada Pertandingan Memanah Terbuka Cameron Highlands 2017. Tahniah

| HEBAHAN | Pendaftaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang bagi sesi pengajian 2018


Jom daftar di Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang bagi sesi pengajian 2018
Lokasi sekolah: Teluk Kumbar Pulau Pinang

| HEBAHAN | Jemputan Penyertaan XREK - Ekspedisi Remaja Kental 29 Nov hingga 1 Dis 2017 di Yan, Kedah


Friday, 17 November 2017

| KENYATAAN MEDIA | Hentikan Diskriminasi, Berikan Hak Wanita Islam untuk Bertudung, 17 November 2017

Kenyataan Media

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

Hentikan Diskriminasi, Berikan Hak Wanita Islam untuk Bertudung
17 November 2017/ 28 Safar 1439H

Larangan bertudung ke atas pekerja dan pelatih perkhidmatan pelanggan di hotel tertentu sebagaimana didedahkan oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) baru-baru ini bukanlah perkara baharu melibatkan diskriminasi terhadap pekerja wanita.

Wanita IKRAM menzahirkan rasa kesal atas perkembangan terbaru ini kerana walaupun sudah 60 tahun merdeka, dalam sebuah negara yang pemimpin nombor satu dan majoriti rakyatnya beragama Islam, perlembagaannya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, namun wanita Islam masih tertindas dan dinafikan hak asasi untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya termasuk berpakaian sesuai dengan tuntutan agama mereka. Bagi wanita Muslim, bertudung bukan sekadar fesyen tetapi satu kewajipan yang dituntut agama.

Situasi ini jelas menunjukkan kegagalan pihak kerajaan yang telah memerintah sejak merdeka membela hak asasi umat Islam walaupun telah termaktub dalam Fasal 8 Perlembagaan Malaysia, jaminan setiap warga mendapat hak mereka dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi. 

Pihak berkuasa gagal memastikan supaya syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia termasuk syarikat antarabangsa dilesenkan dengan sah dan menghormati budaya dan agama masyarakat setempat dimana mereka beroperasi. 

Kebebasan berpakaian mengikut tuntutan agama adalah hak asasi wanita Islam sebagai warganegara Malaysia tanpa mengambil, melibatkan mahupun menjejaskan hak kaum dan agama lain.

Dengan ini Wanita IKRAM menyeru dan mendesak agar:
1. Pihak kerajaan bertindak tegas bagi memastikan majikan dan syarikat yang beroperasi di Malaysia menghormati sensitiviti agama dan keperluan pekerja mengikut adat dan norma yang dianuti pekerjanya. 
 
Syarikat-syarikat tersebut perlu dipastikan beroperasi mengikut SOP negara ini yang tidak bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya masyarakat Malaysia dan bukan SOP antarabangsa semata-mata.

2. Pihak kerajaan melalui agensinya hendaklah bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang mengenakan polisi yang mendiskriminasikan rakyat Malaysia seperti menghalang wanita Islam melaksanakan tuntutan agama mereka dari sudut berpakaian dan pekerja lelaki daripada melakukan solat Jumaat umpamanya.

3. Semua pihak diseru agar berhenti mempolemikkan isu ini. Sebaliknya usaha harus ditumpukan untuk memperkemaskan polisi dan pelaksanaan dalam membela hak semua pekerja khususnya wanita dengan menghentikan sebarang bentuk diskriminasi. 

Semoga dengan ini, kita benar-benar dapat membina Malaysia sebagai sebuah negara rahmah lagi sejahtera untuk semua.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia