Monday, 20 November 2017

| BERITA | Pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar muncul Johan Memanah kategori 15 dan 20 meter bawah 15 tahun. Tahniah!


Pelajar Sek. Men. Al-Itqan MOHAMAD AFIQ BIN MOHD RADZI (Ting 3 At-Tabarani) meraih Johan Memanah Kategori 15 dan 20 meter bawah 15 tahun pada Pertandingan Memanah Terbuka Cameron Highlands 2017. Tahniah

| HEBAHAN | Pendaftaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang bagi sesi pengajian 2018


Jom daftar di Sekolah Menengah Al-Itqan Pulau Pinang bagi sesi pengajian 2018
Lokasi sekolah: Teluk Kumbar Pulau Pinang

| HEBAHAN | Jemputan Penyertaan XREK - Ekspedisi Remaja Kental 29 Nov hingga 1 Dis 2017 di Yan, Kedah


Friday, 17 November 2017

| KENYATAAN MEDIA | Hentikan Diskriminasi, Berikan Hak Wanita Islam untuk Bertudung, 17 November 2017

Kenyataan Media

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

Hentikan Diskriminasi, Berikan Hak Wanita Islam untuk Bertudung
17 November 2017/ 28 Safar 1439H

Larangan bertudung ke atas pekerja dan pelatih perkhidmatan pelanggan di hotel tertentu sebagaimana didedahkan oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) baru-baru ini bukanlah perkara baharu melibatkan diskriminasi terhadap pekerja wanita.

Wanita IKRAM menzahirkan rasa kesal atas perkembangan terbaru ini kerana walaupun sudah 60 tahun merdeka, dalam sebuah negara yang pemimpin nombor satu dan majoriti rakyatnya beragama Islam, perlembagaannya meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, namun wanita Islam masih tertindas dan dinafikan hak asasi untuk mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya termasuk berpakaian sesuai dengan tuntutan agama mereka. Bagi wanita Muslim, bertudung bukan sekadar fesyen tetapi satu kewajipan yang dituntut agama.

Situasi ini jelas menunjukkan kegagalan pihak kerajaan yang telah memerintah sejak merdeka membela hak asasi umat Islam walaupun telah termaktub dalam Fasal 8 Perlembagaan Malaysia, jaminan setiap warga mendapat hak mereka dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi. 

Pihak berkuasa gagal memastikan supaya syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia termasuk syarikat antarabangsa dilesenkan dengan sah dan menghormati budaya dan agama masyarakat setempat dimana mereka beroperasi. 

Kebebasan berpakaian mengikut tuntutan agama adalah hak asasi wanita Islam sebagai warganegara Malaysia tanpa mengambil, melibatkan mahupun menjejaskan hak kaum dan agama lain.

Dengan ini Wanita IKRAM menyeru dan mendesak agar:
1. Pihak kerajaan bertindak tegas bagi memastikan majikan dan syarikat yang beroperasi di Malaysia menghormati sensitiviti agama dan keperluan pekerja mengikut adat dan norma yang dianuti pekerjanya. 
 
Syarikat-syarikat tersebut perlu dipastikan beroperasi mengikut SOP negara ini yang tidak bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya masyarakat Malaysia dan bukan SOP antarabangsa semata-mata.

2. Pihak kerajaan melalui agensinya hendaklah bertindak tegas terhadap mana-mana majikan yang mengenakan polisi yang mendiskriminasikan rakyat Malaysia seperti menghalang wanita Islam melaksanakan tuntutan agama mereka dari sudut berpakaian dan pekerja lelaki daripada melakukan solat Jumaat umpamanya.

3. Semua pihak diseru agar berhenti mempolemikkan isu ini. Sebaliknya usaha harus ditumpukan untuk memperkemaskan polisi dan pelaksanaan dalam membela hak semua pekerja khususnya wanita dengan menghentikan sebarang bentuk diskriminasi. 

Semoga dengan ini, kita benar-benar dapat membina Malaysia sebagai sebuah negara rahmah lagi sejahtera untuk semua.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Sunday, 30 July 2017

| HEBAHAN | Jom sertai Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Al-Itqan 2017/1438

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dijemput semua ahli IKRAM dan masyarakat untuk turut serta dalam
Program Ibadah Qurban dan Aqiqah Al-Itqan 2017/1438.

Ibadah qurban & aqiqah akan disempurnakan di Kemboja dan diharapkan dapat membantu masyarakat IslamKemboja yang masih dhaif dan miskin. Program ini turut menggabungkan infaq untuk Maahad Tahfiz dan Sekolah Rendah & Menengah Al-Itqan, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

Ibadah qurban akan dilakukan / disaksikan sendiri di Kemboja oleh wakil sekolah Al-Itqan untuk memastikan ibadah ini dijalankan dengan sempurna dan jujur.

Setiap bayaran penyertaan program qurban / aqiqah ini termasuk kos pembelian lembu dan pengurusan qurban.

Sekiranya ada lebihan wang, maka ia akan diberi sebagai infaq kepada Maahad Tahfiz dan Sekolah Rendah & Menengah al-Itqan.

1 bahagian Lembu RM420
1 ekor Lembu RM2940 

Tarikh tutup penyertaan: 20 Ogos 2017

Bayaran boleh dilakukan melalui Deposit Tunai*, Perbankan Internet** dan Cek.

*Nota: Untuk pembayaran melalui deposit tunai/tunai di tangan, sila kepilkan gambar resit pembayaran pada borang dibawah.

**Nota 2: Kaedah pembayaran disediakan oleh Billplz. Semua penyedia perbankan internet diterima (Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, RHB, Hong Leong Bank, Bank Muamalat, Public Bank, Alliance Bank, Affin Bank, AmBank, Bank Rakyat, UOB, Standard Chartered).

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi:
Pusat Pendidikan Al-Itqan (PPAIQ) : 04-6491158
En Danial bin Othman: 013-5345554
http://www.wasap.my/60135345554
Hj Azrul H bin Abdul Halim: 012-472 3305
http://www.wasap.my/60124723305

Maklumat lanjut, sila layari https://www.alitqan.edu.my/korban/
Terima kasih

Thursday, 11 May 2017

| HEBAHAN | Ramadhan Race untuk para remaja. Jom!! 13 Mei 2017, Sabtu


ADAKAH ANAK2 ANDA BERSEDIA MENGHADAPI  RAMADHAN?

CeTuSkan keTeRUjaaN menghadapi Ramadhan dengan menyertai program RAMADHAN RACE...
"Ramadhan Tunggu Cheq Mai"
+ Hadiah menarik menanti anda!

Tunggu dulu ! Makanan turut disediakan dengan yuran serendah RM10 sahaja..
Tunggu apa lagi! Jom Remaja Raikan Ramadhan 😉

| HEBAHAN | Daurah Tarbiah: Menangani Kepelbagaian, 14 Mei 2017

Daurah Tarbiah: Managing Diversity

Oleh Prof Dr Harlina Halizah Hj Siraj

14 Mei 2017 (Ahad)
9 pagi - 1 tengahari
Sekolah Agama Sungai Ara, Bayan Lepas

Terbuka untuk semua Ahli IKRAM
Pendaftaran Online: https://goo.gl/forms/upJuUgHXaj9ENvM83

| HEBAHAN | Sukarelawan "Mothers Against Pornography" diperlukan....


Pendaftaran Sukarelawan "Mothers Against Pornography (MAP)"
bersama IKRAM Seberang Perai Selatan

Sila mendaftar di https://goo.gl/forms/OhMODGoh8ZUFjzox2

Wednesday, 5 April 2017

| HEBAHAN | Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan MPN dan MPWN IKRAM Negeri Pulau Pinang 2017


| HEBAHAN | Jemputan Sukarelawan Program Ziarah dan Santuni Pesakit Hospital Pulau Pinang, 9 April 2017


PROGRAM ZIARAH dan SANTUNI PESAKIT
HOSPITAL Pulau Pinang

Tuan / Puan dijemput menjadi sukarelawan Ziarah Pesakit Hospital anjuran Hidayah Centre P.Pinang dan Badan Kebajikan Islam Hospital P.Pinang.

Butiran seperti berikut:

9 April 2017 (Ahad)
10.30 pagi (berkumpul di surau hospital)
Hubungi 'Aini 013 - 5100 762 untuk pra-pendaftaran (diwajibkan )
Sebarkan!