Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2016. Show all posts

Thursday, 7 July 2016

| BERITA BERGAMBAR | Program Solat Terawih Bersama Imam Palestin Ramadhan 1437H / 2016 anjuran MyCARE Pulau Pinang


Sepanjang Ramadhan 1437H / 2016 ini telah berjaya dilaksanakan Program Solat Tarawikh bersama Imam Palestin di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang yang dianjurkan oleh MyCARE Pulau Pinang.

Selain mengimamkan solat tarawikh, imam ini turut memberi pengisian kepada para hadirin. Kutipan sumbangan untuk rakyat Palestin turut diadakan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam program ini.

Berikut dikongsikan laporan bergambar program ini untuk makluman bersama.

Monday, 27 June 2016

| BERITA BERGAMBAR | Program IKTIKAF PERDANA 1437H / 2016, IKRAM Pulau Pinang


24 (Jumaat, 10 malam) hingga 26 Jun (Ahad, 12.30 tengahari)
Masjid Maqbul, Teluk Kumbar
GPS 5.294599, 100.228196
 Anjuran bersama IKRAM Pulau Pinang dan JK Masjid Maqbul, Teluk Kumbar

📅 25 Jun 2016, SABTU pagi
1. Pengisian 1: Iman dan Taqwa
(9 pagi hingga 12 tengahari)
2. Slot bersama Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang, Encik Zulkarnain
(3 petang hingga 4.30 petang)

📅 26 Jun 2016, AHAD pagi
3. Pengisian 2: Aqidah oleh Ustaz Abdul Rahim Ramly (aka Ustaz Rahim Morroco)
(9 pagi hingga 12 tengahari)



Thursday, 23 June 2016

| BERITA | Majlis Iftar Bersama Pimpinan Masyarakat Madani (Civil Societies), 22 Jun 2016 anjuran IKRAM Pulau Pinang


22 Jun 2016, Rabu - IKRAM Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Iftar Bersama Pimpinan Masyarakat Madani (Civil Societies) bertempat di Chinese Muslim Restaurant (CMR) Bayan Baru hari ini. Majlis ramah mesra ini bertujuan untuk berkongsi kefahaman tentang ibadat puasa di bulan Ramadhan bersama pimpinan masyarakat madani.

Majlis ini telah dihadiri oleh barisan pimpinan IKRAM Pulau Pinang dan pimpinan dari Penang Chinese Town Hall, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), LLG, Tamil Foundation. Majlis ini turut dihadiri YBHg. Dato' Dr Danial bin Haji Zainal Abidin, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Majlis bermula seawal jam 6 petang dengan kehadiran tetamu jemputan dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YDP IKRAM Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkarnain Ahmad. Beliau menerangkan secara mudah tentang tuntutan berpuasa di bulan Ramadhan, kepentingan makanan sihat, pengajaran yang dilalui melalui ibadat puasa ini terutama dalam merasai kepayahan insan global yang diuji dengan bencana alam, peperangan dan lain-lain.

Seterusnya, Ir Jamaluddin Abdullah selaku mantan YDP IKRAM Pulau Pinang telah memberikan taklimat tentang IKRAM Pulau Pinang dan agensi-agensinya, dan diikuti dengan sesi soal jawab di kalangan hadirin majlis ini. Dato' Dr Danial turut berkongsi mutiara kata dalam majlis ini.

Majlis ini berakhir dengan jamuan berbuka puasa dengan juadah lazat terhidang. Seusai menjamu juadah, para tetamu telah dihadiahkan buku penulisan Dato' Dr Danial yang bertajuk Islam, The Misunderstood Religion.

Usaha IKRAM Pulau Pinang ini telah menerima reaksi positif daripada semua pimpinan Masyarakat Madani yang hadir dan telah dicadangkan agar majlis sebegini diadakan lagi pada masa mendatang, in shaa Allah.

YDP IKRAM Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkarnain Ahmad sedang berucap.
Para hadirin bergambar bersama sebelum menikmati juadah

Monday, 20 June 2016

| BERITA | Program Bingkisan Ramadhan 1437H / 2016 IKRAM Timur Laut, 19 Jun 2016


Ahad, 19 Jun 2016 - Program Bingkisan Ramadhan 1437H / 2016 IKRAM Timur Laut telah berjaya dilaksanakan dengan pengagihan sumbangan kepada seramai 44 orang penerima di Flat 100, Sungai Pinang, Pulau Pinang hari ini, manakala 4 lagi sumbangan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Surat Flat 100 bagi diagihkan kepada golongan saudara baru (muallaf) di kawasan berkenaan.

Sejumlah 48 sumbangan telah diterima oleh IKRAM Timur Laut bagi tujuan pengagihan ini. Pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak 30 sumbangan berupa beras, gula, tepung, minyak masak, kordial dll) manakala sumbangan orang ramai melalui kaunter sumbangan di Mydin Bertam adalah sebanyak 18 buah berupa beras, gula dan tepung.

Seramai 14 orang ibu tunggal, 6 orang kurang upaya, 4 orang saudara baru da, selebihnya golongan asnaf miskin telah diraikan dalam program ini, alhamdulillah.

Semoga Ramadhan Al-Mubarak ini melonjakkan lagi amalan bersedekah di kalangan umat Islam. Terima kasih kepada semua penyumbang.

Petugas-petugas IKRAM Timur Laut bergambar kenangan bersama AJK Surau Flat 100

 

| BERITA | Lawatan Hospital: Ramadhan Special!

 

19 Jun 201, Ahad - Seramai 14 orang sukarelawan telah menziarahi dan menyantuni pesakit di wad sakit puan Hospital Pulau Pinang hari ini. Antara cenderahati yang dibawa adalah biskut raya, kurma, brooch, Al-Ma'thurat dan pamplet panduan solat bagi pesakit.


| BERITA | Sukarelawan Hidayah Centre Pulau Pinang bertungkus lumus melaksanakan "Donation Drive" Sepanjang Ramadhan 1437H


 

Sunday, 19 June 2016

| BERITA | Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Pulau Pinang 1437H / 2016

 
18 Jun 2016, Sabtu bersamaan 13 Ramadhan 1437H - Pihak Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP) telah berjaya melangsungkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) kali ke 7 hari ini di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas bermula dari jam 5 petang hingga 11 malam. 

Alhamdulillah, berkat sokongan masyarakat, HCPP telah berjaya mengumpul dana yang mencukupi setiap tahun untuk membolehkan HCPP menjalankan pelbagai aktiviti dakwah, pengislaman dan sokongan kepada muallaf di sekitar Pulau Pinang.

Majlis ini diadakan dengan tujuan utama adalah untuk menjana dana bagi meneruskan pengoperasian HCPP sepanjang tahun dan meraikan muallaf yang telah kembali kepada Islam. Majlis tahunan ini lebih bermakna kerana muallaf digalakkan untuk menjemput ahli keluarga, saudara-saudara dan kawan-kawan yang belum Islam untuk bersama-sama merasakan kemeriahan berbuka puasa.
Tiga jenis bentuk sumbangan melalui pembelian sebuah meja bernilai RM1000 (10 orang semeja), pembelian sebuah kerusi bernilai RM100 ataupun sebarang nilai sumbangan ikhlas telah diterima.


Terima kasih kepada para penyumbang budiman yang telah memberikan sokongan kepada majlis ini.

Monday, 16 May 2016

| BERITA | Program Halaqah Qaseh Siri 5: Masih Adakah Khadijah?, 15 Mei 2016


Wanita IKRAM Seberang Perai Utara telah berjaya menganjurkan program Halaqah Qaseh siri ke 5 yang bertajuk "Masih Adakah Khadijah" yang telah disampaikan oleh Ustazah Maznah Daud. Program ini adalah anjuran bersama Biro Muslimat Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.

Meja pameran oleh MyCARE Pulau Pinang, Hidayah Centre Pulau Pinang dan Rose-2-Rose turut menyerikan majlis ini. Di penghujung majlis setengah hari ini, sumbangan Ramadhan turut diserahkan kepada 40 penerima terpilih.

Pameran di ruang legar masjid