KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Perak
6 Mei 2015 bersamaan 17 Rejab 1436H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Perak
6 Mei 2015 bersamaan 17 Rejab 1436H
Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Perak merafak sembah setinggi-tinggi
tahniah sempena Pertabalan Sultan Perak ke-35, Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 6 Mei
2015 bersamaan 17 Rejab 1436H
IKRAM Perak juga melahirkan rasa gembira kerana Negeri Perak dianugerahkan seorang Raja Pemerintah yang mempunyai kebijaksanaan dan keilmuan yang tinggi. Keperibadian yang ada pada Paduka Seri Sultan Nazrin selaras dengan ciri-ciri Raja Pemerintah seperti akrab dengan ulama, tidak bermegah, mengambil berat kebajikan rakyat, memenuhi hajat dan bermuafakat.