Monday, 23 May 2016

| BERITA | Majlis Ramah Mesra Ahli Baru IKRAM Timur Laut, 22 Mei 2016



22 Mei 2016, Ahad - Pada hari ini telah berlangsung Majlis Ramah Mesra Ahli Baru IKRAM Timur Laut bagi meraikan ahli baru ke dalam keluarga IKRAM Timur Laut dan juga memberi penerangan tentang IKRAM secara umum, dan IKRAM Timur Laut secara khusus.

Majlis bermula pada jam 10.15 pagi dengan ucapan YDP IKRAM Timur Laut, Prof. Madya Dr Abdul Halim dan diikuti dengan ucapan YDP IKRAM Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkarnain Ahmad.
YDP IKRAM Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkarnain Ahmad memberi penerangan tentang IKRAM
Ustaz Syazalie sedang memberi penerangan
Turut memberi penerangan di dalam majlis ini ialah Timb. YDP IKRAM Pulau Pinang merangkap Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pulau Pinang, Ustaz Syazalie Hirman Ahmad Najib, Ketua Wanita IKRAM Timur Laut, Puan Noraini dan juga barisan AJK IKRAM Timur Laut berdasarkan potfolio masing-masing.

Para hadirin berpeluang melontarkan sebarang persoalan dan pandangan semasa majlis ini berlangsung. Majlis berakhir pada jam 1.10 tengahari dengan jamuan nasi biryani yang lazat dan sesi bergambar beramai-ramai.

 
 
YDP Timur Laut, Dr Abdul Halim menyampaikan cenderahati kepada YDP IKRAM Pulau Pinang, Tuan Haji Zulkarnain
Mantan YDP IKRAM Timur Laut sesi lalu, Encik Isahak Ismail menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Syazalie Hirman
 

No comments:

Post a Comment