Muzakarah Nasional Pimpinan Wanita IKRAM 2016 telah berlangsung pada hari ini Sabtu, 30 Januari 2016 di Dewan Utama, Kompleks IKRAM, Seri Kembangan. Muzakarah yang bermula pada jam 9 pagi ini telah mengumpulkan pimpinan wanita IKRAM dari seluruh negara untuk berbincang dan merancang gerak kerja wanita IKRAM untuk sesi akan datang
Prof Madya Dr Sabariah Baharun selaku Setiausaha Wanita IKRAM Pusat merangkap pengarah bagi muzakarah kali ini berharap agar pertemuan ini dapat mengeratkan ukhuwwah sesama ahli pimpinan di mana ia merupakan kunci utama kejayaan kepimpinan
Ustazah Arpah Abd Wahab, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Wanita IKRAM di dalam ucapannya mengingatkan pimpinan agar mengambil berat dua kekuatan iaitu kekuatan rohani; hubungan yang mantap dengan Allah dan kekuatan akhlak; memperbaiki hubungan dengan manusia sebagai kunci kejayaan perancangan.
Sepanjang berlangsungnya muzakarah ini, Ketua Wanita IKRAM Malaysia iaitu Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan dari setiap pimpinan negeri di dalam menjayakan rancangan Wanita IKRAM.
Wanita IKRAM Pulau Pinang telah diwakili oleh Ketua Wanita Negeri, Dr Lilis Surienty Abd Talib, Timbalan Ketua Wanita Negeri, Puan Normahani Muhamad, Setiausaha Wanita Negeri, Puan Norlin Ahmad, dan dua AJK Wanita Negeri, Dr Suriani Shamsudin dan Puan Mimun Jana.
Diedit dari sumber: https://www.facebook.com/WanitaIkramMalaysia/
Diedit dari sumber: https://www.facebook.com/WanitaIkramMalaysia/
![]() |
Ketua Wanita IKRAM Malaysia, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim![]() |








No comments:
Post a Comment