Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3 Ogos 2015 bersamaan 18 Syawal 1436H
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3 Ogos 2015 bersamaan 18 Syawal 1436H
IKRAM PANDANG SERIUS KENYATAAN YANG MEREMEHKAN LARANGAN AGAMA
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius laporan berita
yang dikaitkan dengan pandangan YB Datuk Seri Azalina Othman, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri mengenai Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Kenyataan yang menyebut bahawa “…isu mengenai adegan pasangan
bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan
memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat…” amat
mendukacitakan.
Sekiranya laporan ini benar, adalah tidak wajar bagi seorang Menteri
beragama Islam yang telah diberikan amanah kepimpinan dan bakal menjadi
teladan kepada rakyat di negara ini untuk membuat komen sedemikian.
IKRAM berharap beberapa peraturan yang telah diperkenalkan oleh pihak
LPF khasnya merujuk kepada Panduan Penapisan Filem Stesen TV ke atas
elemen seks / lucah / kelakuan sumbang perlu dipertahankan malah
ditambah baik selaras dengan peraturan-peraturan yang telah disarankan
oleh syarak selari dengan Islam sebagai agama rasmi negara.
IKRAM suka merujuk kepada Indeks Syariah Malaysia yang telah
dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada Februari tahun ini yang telah
menganjurkan agar perjalanan kementerian dan agensinya mengambil kira
Maqasid al-Syariah.
Sudah pasti kesemua kementerian dan agensinya tidak boleh tidak harus
berpaksi kepada tuntutan Maqasid al-Syariah iaitu meletakkan elemen
pemeliharaan agama, pemeliharaan nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan
keturunan dan pemeliharaan harta diberi perhatian dalam membuat polisi
dan peraturan. Malah diharapkan LPF juga mengguna pakai Indeks Syariah
Malaysia sebagai rujukan.
IKRAM menyeru pemimpin negara dan rakyat bersama-sama membangunkan
negara ini atas prinsip yang telah disebut dalam al-Quran yang berbunyi:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam melakukan dosa
(maksiat) dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)
Hj Abdul Aziz Bin Abd Jalal
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Umat
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia
No comments:
Post a Comment